PENTADBIRAN
KERANGKA TRANSFORMASI
16 January 2017 12:28 PM
adminhs
16 January 2017 12:24 PM
adminhs
MRSM menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan
untuk pelajar seperti berikut:- Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) Kedai Koperasi Perkhidmatan Bas, Van dan Hilux Surau Perkhidmatan Dobi Makmal Komputer dan Makmal Multimedia Kawalan Keselamatan Kawasan Rekreasi Wisma Pelajar Bantuan Kewangan Kemudahan Sukan dan Permainan Dewan Seraya Kuning Kemudahan Internet (Wifi)
16 January 2017 12:23 PM
adminhs
SEJARAH PENUBUHAN SEJARAH
PEMBUKAAN MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS SANDAKAN MRSM Tun
Mohammad Fuad Stephens Sandakan telah dibuka pada 22 Januari
2013. Terletak bersebelahan dengan Politeknik Sandakan dan juga UMS
Sandakan dalam hub pendidikan sabah(sandakan). Dengan keluasan 65.43 ekar, MRSM
mampu memberi pendidikan bertaraf dunia kepada 1050 pelajar pada kapasiti
penuh. Melalui program transformasi , pihak maktab bertungkus lumus memastikan
setiap pelajar mampu belajar dengan selesa dan juga menghasilkan prestasi yang
terbaik. Bermula dengan 33 orang guru, 16 staff MRSM terus memacu pembangunan
pendidikan hari ini dan terus berusaha menghasilkan pelajar terbaik untuk
memimpin negara pada masa akan datang.
16 January 2017 12:21 PM
adminhs
En Mohd Rizalmi bin Dahaman Pengetua MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan Assalamualaikum W.b.t & Salam 1Malaysia.. Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
dan kurnianya, MRSM Sandakan telah berjaya membangunkan dan menghasilkan laman
web rasmi sendiri. Terlebih dahulu tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit
Teknologi Maklumat MRSM Sandakan kerana telah berusaha untuk membangunkan laman
web selaras dengan kehendak dan maklumat terkini. Saya amat berbangga dan
berpuas hati dengan ketekunan dan kerjasama yang diberikan kerana sokongan dan
penglibatan semua pihak merupakan faktor kejayaan penerbitan laman web MRSM
Sandakan. MRSM Sandakan telah dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Hal
Ehwal Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal
pada 5 April 2014. MRSM Sandakan telah diberi nama baru, yang dikenali sebagai
Maktab Rendah Sains MARA Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan.
Dengan pertukaran nama yang baru, secara tidak langsung dapat memberikan
imej baru kepada MRSM Sandakan sebagai institusi pendidikan global yang bakal
melahirkan modal insan yang lebih cemerlang. Penerbitan laman web MRSM Sandakan ini adalah untuk
memaparkan dan mendedahkan maklumat semasa berkaitan dengan MRSM khususnya agar
ia dapat menjadi sebahagian sumber maklumat serta sebagai bahan rujukan penting
yang boleh dikongsi bersama dan dapat memberi input yang berguna khususnya
kepada semua ibu bapa, pelajar dan guru dan juga kepada para pembaca laman web
ini amnya. Pelbagai program & aktiviti telah dijalankan bagi
meningkatkan kualiti modal insan dan melahirkan pelajar yang unggul. Saya
berharap agar semua warga MRSM Sandakan dapat meningkatkan daya saing dan
kecemerlangan bagi melahirkan insan yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran,
serba boleh dan kreatif serta mempunyai etika kerja yang positif dan nilai
kerohanian yang tinggi. Akhir kata, Usaha membangunkan laman web ini bukanlah tugas
yang mudah " Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung
Manakan Dapat Sagunya ".
Komitmen yang berterusan dari semua pihak amatlah diperlukan dalam usaha
mencapai kebijaksanaan ke arah kecemerlangan. Justeru itu, saya mengucapkan
berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang banyak
mencurahkan masa, tenaga, idea dan kreativiti bagi menjayakan penerbitan laman
web ini. Selaku Pengetua, saya mengucapkan Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Maktab Rendah Sains MARA Tun
Mohammad Fuad Stephens Sandakan, Sabah. Sekian, terima kasih.
16 January 2017 12:13 PM
adminhs
OBJEKTIF MRSM MRSM DITUBUHKAN UNTUK MEMBERI KEMUDAHAN PELAJARAN
DI PERINGKAT MENENGAH DAN PRA UNIVERSITI DALAM BIDANG SAINS DAN
TEKNOLOGI KEPADA PELAJAR-PELAJAR BUMIPUTERA YANG MEMPUNYAI KEBOLEHAN MENTAL
YANG TINGGI DAN BERMINAT DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI.
16 January 2017 12:13 PM
adminhs
PIAGAM
PELANGGAN PIAGAM PELANGGAN MEMBERI LAYANAN
PERKHIDMATAN KAUNTER YANG BERKUALITI MELAKSANAKAN AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH DENGAN CEKAP DAN BERKESAN MEMBERI PERKHIDMATAN YANG CEKAP
DAN MEMUASKAN DALAM ASPEK PENGURUSAN, ASRAMA, KUALITI MAKANAN DAN KEBAJIKAN
PELAJAR MELAKSANAKAN LANGKAH-LANGKAH
YANG PERLU DAN RAPI DALAM ASPEK KESELAMATAN DAN KESIHATAN PELAJAR MEMATUHI SEMUA POLISI, PROSEDUR
DAN PROSES YANG TELAH DITETAPKAN OLEH MARA MELAHIRKAN PELAJAR-PELAJAR YANG
SOLEH BERTARAF DUNIA
16 January 2017 12:07 PM
adminhs
VISI MENJADIKAN PUSAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN YANG
INOVATIF BERTARAF DUNIA MISI MENYEDIAKAN PELAJAR BUMIPUTERA YANG BERPOTENSI TINGGI DALAM
SAINS DAN TEKNOLOGI