PERANGKAAN PELAJAR

MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan mempunyai kumpulan pelajar bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan mampu menampung kapasiti pelajar di antara lingkungan 800 sehingga 1000 orang pelajar. Untuk setiap tahun, pengambilan pelajar baru adalah lebih kurang 300 orang pelajar.
Untuk setiap tingkatan, terdapat di antara 5-6 kelas, bergantung terhadap pengambilan pelajar pada tahun tersebut. Setiap kelas boleh memuatkan 30 orang pelajar. Tempoh pengajian di MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan ialah empat semester. Selepas peperiksaan SPM, para pelajar akan diraikan dalam Majlis Graduasi untuk menandakan kejayaan melahirkan anak-anak MARA yang mampu menerajui tonggak negara pada masa hadapan.

PENGAMBILAN PELAJAR

PROGRAM BIASA

Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN 1

Calon Bumiputera Sabah dan Sarawak :-

Warganegara Malaysia.

Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.

Memperoleh keputusan minimum 3A 2B (gred A bagi subjek Matematik dan Sains) dalam UPSR.

Belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) atau Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) di Sabah dan Sarawak.

Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, kokurikulum dan sukan.

Memohon secara atas talian (online).

Keutamaan diberi pada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Calon Bukan Bumiputera :-

Warganegara Malaysia.

Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.

Memperoleh 5A dalam UPSR dari Sekolah Kebangsaan (SK) sahaja.

Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, kokurikulum dan sukan.

Memohon secara atas talian (online).

Menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM).

Keutamaan diberi pada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

PERMOHONAN TINGKATAN 1

Iklan permohonan kemasukan ke tingkatan 1 disiarkan melalui akhbar, laman web MARA dan crawler televisyen seminggu sebelum keputusan UPSR diumumkan.

Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR diumumkan secara rasmi.

Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak dan salinan Keputusan UPSR yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.

Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dengan melayari laman web MARA di alamat http://www.mara.gov.my

Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi boring permohonan secara online untuk menduduki ujian dan temu duga pada tarikh yang ditetapkan.

Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Keputusan kemasukan ke MRSM dikeluarkan 30 hari selepas tarikh akhir Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM dan temu duga.

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN 4

Calon Bumiputera Sabah Dan Sarawak :-

Warganegara Malaysia

Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia..

Mendapat keputusan minimum 5A (gred A dalam subjek Matematik dan Sains) serta tiada gred C, D dan E dalam subjek teras PMR

Belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan di Sabah dan Sarawak.

Memohon secara atas talian (online).

Keutamaan diberi pada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Calon Bukan Bumiputera :-

Warganegara Malaysia

Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia

Mendapat keputusan minimum 6A (gred A bagi subjek Matematik dan Sains) serta tiada gred C, D dan E dalam subjek teras PMR.

Belajar di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

Memohon secara atas talian (online).

Menduduki Ujian Kecenderungn Kemasukan ke MRSM (UKKM)

Keutamaan diberi pada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

PERMOHONAN TINGKATAN 4

Iklan permohonan kemasukan ke tingkatan 4 disiarkan melalui akhbar, laman web MARA dan crawler televisyen :-

Semenanjung Malaysia pada minggu ketiga bulan September.

Sabah dan Sarawak seminggu sebelum keputusan PMR diumumkan.

Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat dalam tempoh permohonan

Semenanjung Malaysia - Membawa salinan kad pengenalan dan keputusanPeperiksaan Percubaan PMR yang disahkan benar.

Sabah dan Sarawak   - Membawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan  PMR.

Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dengan melayari laman web MARA di alamat http://www.mara.gov.my

Pemohon mestilah memilih pusat untuk menduduki ujian UKKM pada tarikh yang ditetapkan.

Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Keputusan kemasukan ke MRSM dikeluarkan 30 hari selepas tarikh keputusan PMR diumumkan.

Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah :-

(Permohonan Ke Tingkatan 4)

Pengarah,

Bahagian Pendidikan Menengah

Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,

21, Jalan Raja Laut,

50609 KUALA LUMPUR.