SEJARAH PENUBUHAN

SEJARAH PEMBUKAAN MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS SANDAKAN

MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan telah dibuka pada 22 Januari 2013. Terletak bersebelahan dengan Politeknik Sandakan dan juga UMS Sandakan dalam hub pendidikan sabah(sandakan). Dengan keluasan 65.43 ekar, MRSM mampu memberi pendidikan bertaraf dunia kepada 1050 pelajar pada kapasiti penuh. Melalui program transformasi , pihak maktab bertungkus lumus memastikan setiap pelajar mampu belajar dengan selesa dan juga menghasilkan prestasi yang terbaik. Bermula dengan 33 orang guru, 16 staff MRSM terus memacu pembangunan pendidikan hari ini dan terus berusaha menghasilkan pelajar terbaik untuk memimpin negara pada masa akan datang.